Semalam petang aku jumpa Uncle Ganesan.Aku biasa panggil dia uncle je.Uncle ni klu jumpa aku,xder lain yang dia komplen pasal aku..mesti pasal badan aku..Semalam uncle tegur aku..dia ckp ape..
Uncle: You never grow up ya..everytimes i see u..u look smaller n smaller..
Me: It's true uncle? I don't think so la..
Uncle: Yes..I think u become smaller and smaller..
Me: No la uncle..
trus aku beredar dari situ..tak snggup aku dgr sindiran uncle lagi..aduyaii..bikin spoil la uncle nie..
Sampai hati Uncle usik aku mcm tu..huhu..kecik ati aku yg da kecik ni.Apa2 pn aku amik sbg semangat tuk naikkan berat badan aku.Ari tu sblm bulan puasa mmg aku da tekad nak gemukkan badan.Tapi bila puase..badan da susut balik.Lagipn memang aku ni jenis yg susah nak gemuk.Makan la ape pn..badan tetap maintain..hahaha..Itu la masalah aku.Org len sibuk nak kuruskn badan..tp aku plak sibuk nak gemukkn badan.Terbalik la pulak kan.
Ari ni hari last aku puasa enam.So mulai esok aku kena makan, makan dan makan..ye la, tadi kata nk gemuk kan..tp sbnrny klu makan je memanjang..takut effect lain la plak..huhu..Ape2 pn untuk misi gemuk ni..aku nk share tips untuk gemuk..sape2 yg ade masalah yang same ngn aku..leh ley ikut tips nie..same2 kite gemukkan badan kurus kite..
1. Elak makan makanan ringan
Bagi sesetengah orang, makanan ringan dikatakan mampu menambahkan berat badan. Namun hakikatnya ia hanya akan menambah lemak tidak sihat di dalam tubuh serta mampu memperlambatkan proses metabolisme tubuh menjadikan tubuh tidak boleh bekerja secara sihat. Akibatnya kita akan merasa malas untuk bekerja dan untuk kes yang lebih serius, akan ketagih dengan pelbagai jenis makanan ringan yang tidak menyihatkan.
2. Makan karbohidrat dan protein selepas senaman
Hal ini diperlukan untuk mengantikan glycogen atau gula dalam otot yang habis sewaktu senaman. Protein dalam jumlah yang agak besar diperlukan oleh otot yang baru saja kita gunakan semasa senaman berat.
3. Makan makanan sebenar Untuk mendapatkan susuk tubuh yang ideal, jangan sekali-kali mengambil makanan tambahan untuk menggantikan makanan sebenar. Seeloknya kita makan selepas satu jam setelah senaman. Ini untuk mengembalikan kecergasan tubuh setelah penat melakukan senaman. Senaman penting bukan sahaja kepada mereka yang gemuk sebaliknya untuk mereka yang mahu menambahkan berat badan juga. Tanggapan yang mengatakan orang kurus tidak perlu bersenam, tidak benar sama sekali.
4. Minum multivitamin Ini amat penting untuk dilakukan kerana vitamin B, membantu untuk mencerna nutrisi yang kita makan. Sia-sia jika kita makan banyak makanan tetapi tubuh kita tidak dapat mencernanya dengan baik.
5. Senaman berat tidak melebihi satu jam
Bagi mereka yang mahu menambahkan berat badan, jangan lakukan senaman berat melebihi masa satu jam. Ini kerana latihan lebih dari satu jam akan menghabiskan kalori kita. Kita tetap memerlukan kalori untuk membina otot-otot kita. Apa yang penting, kita lakukan senaman ringan yang dapat mengeluarkan peluh dan menyihatkan badan kita.
6. Makan lebih dua kali sehari.
Kebanyakan di antara mereka yang mengalami masalah berat badan terlalu kurus ini mengalami masalah tiada selera makan.Macam mana nak tambah berat badan jika makan hanya dua kali sehari dan tiada jadual makanan yang tetap? So,untuk menambahkan berat badan kita perlu makan lebih banyak daripada biasa. Apa yg penting menu yang menjadi pilihan haruslah sihat dan berkhasiat.
>>>>Apa2 pn sebenarnya, gemuk ke kita..kurus ke kita..yg penting badan kita sihat.Kalau kita gemuk tapi badan tak sihat tak elok jugak kan. Kalau bleh aku nak tambahkan berat badan aku ni.Asik kena perli dan kutuk jer.Dari zaman sekolah smpai skrg..so..misi tuk gemuk harus dilaksanakan..Aja2 fightinggg!!
..THANKS FOR READING..