
Syukur Alhamdulillah akhirnya negeriku Kelantan dinobatkan sebagai Juara TM Piala Malaysia 2010.I'm so proud to be Anak Kelantan.Yess!! Piala yg dinanti-nantikan oleh rakyat Kelantan akhirnya menjadi milik Kelantan.Sangat hebat bukan..huhu..Aku sgt bangga.Hati aku ni happy n berbunga-bunga sgt.Yeyehhh...hahaha..terlebey sudahh.Nasib bek mlm ni aku keje,so dpt ler tgk siaran langsung kat opis.Tv kat rumah aku, siaran xclear sgt so sungguh menyakitkan mata.Lagi pn semangat pn lebey bila dpt tgk ramai-ramai..
Pasukan Kelantan yang dikenali sebagai The Red Warrior kali ini telah membuktikan bahawa mereka layak di gelar Gergasi Malaysia apabila berjaya menundukkan pasukan Negeri Sembilan dgn 2-1.Pada awal permainan, Negeri Sembilan di hadiahkan sepakan penalti apabila Khairul Fahmi Che Mat menjatuhkan S. Kunalan dan Shahurain Abu Samah berjaya menjaringkan gol untuk Negeri Sembilan.Dalam babak pertama, TRW sekadar mengasak,namun tiada gol yg disumbangkan.Masa ni frust giler.Tp bila msk babak kedua,TRW tidak menunggu lama untuk memburu gol penyamaan apabila sepakan Shahrul Talaha berjaya di tanduk masuk oleh Hairuddin Omar pada minit ke 57.Suka sgt time ni..tapi still xsenang duduk sebab Negeri Sembilan masih ade peluang yang luas tuk menjaringkan gol kedua.
Suspen gak game ni bila byk pemain yang cedera dan kejang otot.Yang bestnya dalam babak kedua pasukan TRW mula menurunkan pemain yang hebat seperti Akmal Rizal dan Chanthuru.Seperti suntikan semangat kepada pemain lain, pasukan TRW terus mengasak gol lawan.Pada minit ke 65, kegelisahan aku berakhir bila Badhri Radzi muncul wira pasukan TRW apabila menjaringkan gol kemenangan menewaskan penjaga gol Negeri Sembilan Sani Anuar Kamsani.Sangat gembira time nih..tidak terkata..hehe..
Dengan kemenangan ini, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat mengumumkan cuti peristiwa untuk Negeri Kelantan pada 31 Oktober 2010.Wah! Seronok la rakyat Kelantan kan..aku kat Melaka jugak yang kena keja..huhuu..sgt sedih..haih!Apa2 pun nasib bek besok di umumkan sbg cuti..klu tak mesti malam ni jugak org Kelantan yg pergi Stadium Bukit Jalil terpaksa bertolak balik ke Kelantan..esk pagi kerja kan..adeh..penat woo..bukan sebelah or belakang umah dorang je Stadium Bukit Jalil tu..Makan masa 7jam jugak..Ape2 pun yang penting pasukan Kelantan da menang dan semangat orang Kelantan yang sggup turun ke Bukit Jalil memang berbaloi. Syabas la kpd seluruh rakyat Kelantan yg memenuhkan Stadium Bukit Jalil.Anda juga hebat ok...
Tahniah kepada semua pemain dan juga jurulatih pasukan TRW, B.Sathianathan kerana telah merialisasikan
impian dan harapan seluruh rakyat negeri Kelantan. Juga tahniah kepada Presiden KAFA – Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Haji Musa kerana jasa beliau jugalah pasukan The Red Warriors berjaya menjadi Juara TM Piala Malaysia 2010 malam ni.
p/s: macam xcaya jer Kelantan menang malam ni...thehehe..
No comments:
Post a Comment