Sunday, October 31, 2010

tiada yg sempurna


Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.


Begitulah juga .........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...


Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. ..MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.

Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.....


sumber>my email inbox..


..THANKS FOR READING..

Kelantan Juara TM Piala Malaysia 2010!! Hebat bukan??

The Red Warrior memang hebat...





Syukur Alhamdulillah akhirnya negeriku Kelantan dinobatkan sebagai Juara TM Piala Malaysia 2010.I'm so proud to be Anak Kelantan.Yess!! Piala yg dinanti-nantikan oleh rakyat Kelantan akhirnya menjadi milik Kelantan.Sangat hebat bukan..huhu..Aku sgt bangga.Hati aku ni happy n berbunga-bunga sgt.Yeyehhh...hahaha..terlebey sudahh.Nasib bek mlm ni aku keje,so dpt ler tgk siaran langsung kat opis.Tv kat rumah aku, siaran xclear sgt so sungguh menyakitkan mata.Lagi pn semangat pn lebey bila dpt tgk ramai-ramai..


Pasukan Kelantan yang dikenali sebagai The Red Warrior kali ini telah membuktikan bahawa mereka layak di gelar Gergasi Malaysia apabila berjaya menundukkan pasukan Negeri Sembilan dgn 2-1.Pada awal permainan, Negeri Sembilan di hadiahkan sepakan penalti apabila Khairul Fahmi Che Mat menjatuhkan S. Kunalan dan Shahurain Abu Samah berjaya menjaringkan gol untuk Negeri Sembilan.Dalam babak pertama, TRW sekadar mengasak,namun tiada gol yg disumbangkan.Masa ni frust giler.Tp bila msk babak kedua,TRW tidak menunggu lama untuk memburu gol penyamaan apabila sepakan Shahrul Talaha berjaya di tanduk masuk oleh Hairuddin Omar pada minit ke 57.Suka sgt time ni..tapi still xsenang duduk sebab Negeri Sembilan masih ade peluang yang luas tuk menjaringkan gol kedua.



Suspen gak game ni bila byk pemain yang cedera dan kejang otot.Yang bestnya dalam babak kedua pasukan TRW mula menurunkan pemain yang hebat seperti Akmal Rizal dan Chanthuru.Seperti suntikan semangat kepada pemain lain, pasukan TRW terus mengasak gol lawan.Pada minit ke 65, kegelisahan aku berakhir bila Badhri Radzi muncul wira pasukan TRW apabila menjaringkan gol kemenangan menewaskan penjaga gol Negeri Sembilan Sani Anuar Kamsani.Sangat gembira time nih..tidak terkata..hehe..


Dengan kemenangan ini, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat mengumumkan cuti peristiwa untuk Negeri Kelantan pada 31 Oktober 2010.Wah! Seronok la rakyat Kelantan kan..aku kat Melaka jugak yang kena keja..huhuu..sgt sedih..haih!Apa2 pun nasib bek besok di umumkan sbg cuti..klu tak mesti malam ni jugak org Kelantan yg pergi Stadium Bukit Jalil terpaksa bertolak balik ke Kelantan..esk pagi kerja kan..adeh..penat woo..bukan sebelah or belakang umah dorang je Stadium Bukit Jalil tu..Makan masa 7jam jugak..Ape2 pun yang penting pasukan Kelantan da menang dan semangat orang Kelantan yang sggup turun ke Bukit Jalil memang berbaloi. Syabas la kpd seluruh rakyat Kelantan yg memenuhkan Stadium Bukit Jalil.Anda juga hebat ok...


Tahniah kepada semua pemain dan juga jurulatih pasukan TRW, B.Sathianathan kerana telah merialisasikan

impian dan harapan seluruh rakyat negeri Kelantan. Juga tahniah kepada Presiden KAFA – Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Haji Musa kerana jasa beliau jugalah pasukan The Red Warriors berjaya menjadi Juara TM Piala Malaysia 2010 malam ni.



p/s: macam xcaya jer Kelantan menang malam ni...thehehe..




..THANKS FOR READING..

Friday, October 8, 2010

Tips untuk tambah berat badan

Semalam petang aku jumpa Uncle Ganesan.Aku biasa panggil dia uncle je.Uncle ni klu jumpa aku,xder lain yang dia komplen pasal aku..mesti pasal badan aku..Semalam uncle tegur aku..dia ckp ape..

Uncle: You never grow up ya..everytimes i see u..u look smaller n smaller..

Me: It's true uncle? I don't think so la..

Uncle: Yes..I think u become smaller and smaller..

Me: No la uncle..

trus aku beredar dari situ..tak snggup aku dgr sindiran uncle lagi..aduyaii..bikin spoil la uncle nie..

Sampai hati Uncle usik aku mcm tu..huhu..kecik ati aku yg da kecik ni.Apa2 pn aku amik sbg semangat tuk naikkan berat badan aku.Ari tu sblm bulan puasa mmg aku da tekad nak gemukkan badan.Tapi bila puase..badan da susut balik.Lagipn memang aku ni jenis yg susah nak gemuk.Makan la ape pn..badan tetap maintain..hahaha..Itu la masalah aku.Org len sibuk nak kuruskn badan..tp aku plak sibuk nak gemukkn badan.Terbalik la pulak kan.

Ari ni hari last aku puasa enam.So mulai esok aku kena makan, makan dan makan..ye la, tadi kata nk gemuk kan..tp sbnrny klu makan je memanjang..takut effect lain la plak..huhu..Ape2 pn untuk misi gemuk ni..aku nk share tips untuk gemuk..sape2 yg ade masalah yang same ngn aku..leh ley ikut tips nie..same2 kite gemukkan badan kurus kite..

1. Elak makan makanan ringan

Bagi sesetengah orang, makanan ringan dikatakan mampu menambahkan berat badan. Namun hakikatnya ia hanya akan menambah lemak tidak sihat di dalam tubuh serta mampu memperlambatkan proses metabolisme tubuh menjadikan tubuh tidak boleh bekerja secara sihat. Akibatnya kita akan merasa malas untuk bekerja dan untuk kes yang lebih serius, akan ketagih dengan pelbagai jenis makanan ringan yang tidak menyihatkan.

2. Makan karbohidrat dan protein selepas senaman

Hal ini diperlukan untuk mengantikan glycogen atau gula dalam otot yang habis sewaktu senaman. Protein dalam jumlah yang agak besar diperlukan oleh otot yang baru saja kita gunakan semasa senaman berat.

3. Makan makanan sebenar

Untuk mendapatkan susuk tubuh yang ideal, jangan sekali-kali mengambil makanan tambahan untuk menggantikan makanan sebenar. Seeloknya kita makan selepas satu jam setelah senaman. Ini untuk mengembalikan kecergasan tubuh setelah penat melakukan senaman. Senaman penting bukan sahaja kepada mereka yang gemuk sebaliknya untuk mereka yang mahu menambahkan berat badan juga. Tanggapan yang mengatakan orang kurus tidak perlu bersenam, tidak benar sama sekali.

4. Minum multivitamin

Ini amat penting untuk dilakukan kerana vitamin B, membantu untuk mencerna nutrisi yang kita makan. Sia-sia jika kita makan banyak makanan tetapi tubuh kita tidak dapat mencernanya dengan baik.

5. Senaman berat tidak melebihi satu jam
Bagi mereka yang mahu menambahkan berat badan, jangan lakukan senaman berat melebihi masa satu jam. Ini kerana latihan lebih dari satu jam akan menghabiskan kalori kita. Kita tetap memerlukan kalori untuk membina otot-otot kita. Apa yang penting, kita lakukan senaman ringan yang dapat mengeluarkan peluh dan menyihatkan badan kita.

6. Makan lebih dua kali sehari.

Kebanyakan di antara mereka yang mengalami masalah berat badan terlalu kurus ini mengalami masalah tiada selera makan.Macam mana nak tambah berat badan jika makan hanya dua kali sehari dan tiada jadual makanan yang tetap? So,untuk menambahkan berat badan kita perlu makan lebih banyak daripada biasa. Apa yg penting menu yang menjadi pilihan haruslah sihat dan berkhasiat.


>>>>Apa2 pn sebenarnya, gemuk ke kita..kurus ke kita..yg penting badan kita sihat.Kalau kita gemuk tapi badan tak sihat tak elok jugak kan. Kalau bleh aku nak tambahkan berat badan aku ni.Asik kena perli dan kutuk jer.Dari zaman sekolah smpai skrg..so..misi tuk gemuk harus dilaksanakan..Aja2 fightinggg!!


..THANKS FOR READING..

Resipi hari nie..

Ari ni aku off..duk kat umah jerk..sowang2.So wat ler ape2 aktiviti yg patut..kemas umah,basuh baju segala..jadi neng la plak ari nie.Tp neng tuk diri sendiri xkisah sgt la kan.Ari ni gak aku rase nk cuba resipi yg lama sgt xmakan...kerabu mangga ikan tawar.Kat Melaka ni susah la nk cari..tapi biasa kerabu ni homemade jer.Kebetulan ade ikan dan mangga muda, so ape lagi..buat jgn tak buat..

Resipi Sambal Mangga Ikan Tawar

Bahan-bahan

1 ekor ikan kembung
2 biji mangga muda yg saiz kecik
5 biji cili api (ikut suka,klu suka pedas leh tambah)
garam dan gula secukup rasa

Cara:
  1. Ikan hendaklah direbus atau dibakar.
  2. Mangga di cincang atau dihiris.
  3. Tumbuk cili api.Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  4. Masukkan mangga dan isi ikan.Tumbuk bersama-sama cili tadi.Jangan terlampau lumat.Sedang2 aja ya..
  5. Da siap,then bley di hidang.

Simple kan nk buat kerabu nie..pejam mate pn ley buat...ngeh2..
..THANKS FOR READING..

Semua penulisan adalah hakmilik Syahida Syida@Copyright